Frequently Asked Questions

Anda mengalami masalah emel di Microsoft Outlook 'disconnected'
Last Updated about a month ago

Ada beberapa langkah untuk menyemak sistem emel anda sebelum menbuat aduan melalui e-senggara.

Pertama sekali anda perlu semak akses ke akaun emel anda berfungsi atau tidak di server Mailbox melalui https://webmail.agc.gov.my/owa.

image

Jika anda tidak dapat login dan mengatakan ERROR seperti imej dibawah, maka anda boleh membuat aduan di sistem e-senggara dibawah kategori Tukar Katalaluan.

image

Jika anda tidak dapat login dan mengatakan ERROR emel anda dikuarantin maka anda boleh membuat aduan di sistem e-senggara dibawah kategori Emel/CVO/Lync

Anda boleh melihat paparan status emel Outlook seperti gambar dibawah bagi memastikan bahawa ianya disconnected atau tidak.

image

Jika ianya disconnected, ini bermakna anda tidak boleh menerima apa-apa emel yang baru.
image

Anda boleh ambil tindakan awal dengan mencuba 'Repair' akaun emel anda dengan mengikuti beberapa langkah seperti dibawah;

1. Pada aplikasi Microsoft OUTLOOK sila pilih menu 'FILE' dan

image

2. Kemudian pilih "Account Settings..."

image

3. Klik 'Repair... ' pada akaun emel seperti dibawah.

image

4. Klik 'Next'

image

5. Klik 'OK' untuk restart Outlook

image

6. Klik 'Finish' dan tutup semua aplikasi berkaitan Microsoft Outlook

image

7. Buka semula aplikasi Outlook dan tengok semula di status adakah ianya CONNECTED atau DISCONNECT,

image

jika ianya statusnya masih disconnected sila hubungi pihak helpdesk melalui aplikasi e-senggara di http://esenggara.agc.gov.my dan buat aduan baru untuk pemerikasaan lanjutan daripada pegawai teknikal.

Please Wait!

Please wait... it will take a second!