Panduan Tukar Kata Laluan di Microsoft Exchange 2019
Di Jabatan Peguam Negara (AGC), kekerapan penukaran kata laluan adalah 3 bulan sekali dimana mana-mana Pc /Laptop dibawah domain AGC akan mengalami tamat tempoh kata laluan selepas 3 bulan ianya diaktifkan /penukaran. Warga AGC adalah dinasihatkan supaya menukar kata laluan lebih awal dari tarikh tamat tempoh bagi melancarkan operasi /kerja harian.
Langkah 1 Log masuk ke pautan
https://webmail.agc.gov.my/owa/ untuk menukar kata laluan seperti imej dibawah;

Jika kata laluan pengguna telah tamat tempoh (expired). Sila log masuk seperti biasa di pautan
https://webmail.agc.gov.my rujuk langkah 1 dan log masuk seperti biasa. Paparan skrin akan bertukar seperti imej dibawah jika ID e-mel AGC dan kata laluan asal adalah tepat. Masukkan kata laluan semasa diikuti dengan kata laluan baharu (2x) untuk pengesahan kata laluan tersebut dan klik butang
submit.

Tuan /Puan boleh adukan di sistem
http://esenggara.agc.gov.my/ dibawah kategori "Teknikal ICT / E-mel - Tukar Kata Laluan" jikalau tidak ingat kata laluan bagi tujuan reset kata laluan, manakala sekiranya kata laluan tuan /puan belum tamat tempoh dan ingin menukar kata laluan, boleh teruskan ke langkah 2 seperti dibawah.
Langkah 2 Klik pada ikon
gear dan kemudian klik
Options.
Langkah 3 Klik pada menu "General” > “My account" dan pilih "Change your password"
Langkah 4 Masukkan kata laluan semasa diikuti dengan kata laluan baharu (2x) untuk pengesahan kata laluan tersebut dan klik butang
Save.

Tuan /puan perlu membuat Shutdown /Restart Pc/Laptop selepas menukar kata laluan. Login semula dengan menggunakan kata laluan yang baharu.
Tahniah kerana anda telah berjaya menukar kata laluan tanpa bantuan helpdesk ICT.
Sila adukan di e-senggara atau hubungi talian helpdesk ICT ext 2712 jika tuan /puan tidak berjaya log masuk windows selepas menukar kata laluan.
Sekian.
Disediakan oleh:
Pentadbir E-mel AGC