Sebarang Pertanyaan?

Jika anda mempunyai sebarang soalan, taip kata kunci carian anda di bawah.

Soalan Lazim

Panduan Membuat E-mel Arkib / Archives Bagi OUTLOOK
Dikemaskini terakhir 5 tahun yang lalu

-MEL ARKIB

  • Arkib direka untuk menyimpan semua data dalam satu tempoh masa yang panjang.
  • Apabila proses arkib dilakukan, e-mel akan dikeluarkan dari e-mel sever dan arkib fail yang diarkib akan disimpan di dalam cakera keras komputer anda.
  • Proses arkib adalah penting untuk mengekalkan kelajuan optimum dalam aplikasi Outlook.
  • Saiz akaun Outlook yang lebih besar akan melambatkan prestasi aplikasi Outlook.

Langkah 1

Buka aplikasi Microsoft Outlook pada komputer anda.


Skrin berikut akan dipaparkan. Klik pada menu ‘FILE’ dan daripada pulldown menu yang ditunjukkan, pilih ‘Info’. Klik ‘Cleanup Tools dan pilih ‘Archive...’.

image


Langkah 2

Pengguna dikehendaki membuat pilihan:

  • Butang radio ‘Archive this folder and all subfolders’.
  • Pilih folder yang ingin diarkibkan.
  • Di bahagian ‘Archive items older than’, pilih tarikh pada sebelum berlakunya arkib.
  • Klik kotak ‘Include items with ‘Do not AutoArchive’ checked’.
  • Klik Browse dan pilih lokasi untuk penyimpanan fail arkib.
  • Pada bahagian File Name, isikan nama bagi fail yang akan diarkib. Kemudian klik OK.

imageimage
Lokasi tempat simpanan folder arkib (Contohnya di C:\Users\user2\Documents\Outlook Files)


Langkah 3


Pengguna boleh melihat folder yang telah diarkib di panel menu di sebelah kiri skrinpaparan Outlook

image


Selamat mencuba, sekian.

Sila Tunggu!

Sila tunggu... ia akan mengambil beberapa saat!